Tuesday, January 29, 2008

58 ditahan polis di perhimpunan aman Protes

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Seramai 58 orang ditahan termasuk Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua ekoran satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, dekat sini, petang tadi.

Turut ditahan ialah penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun.

Daripada keseluruhan yang ditahan, sepuluh adalah wanita.

Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.

Tangkapan bermula kira-kira jam 2.45 petang apabila enam orang ditahan di hadapan Suria KLCC biarpun belum berlaku perhimpunan.

Enam orang yang ditahan ialah anggota Unit Amal Wangsa Maju.


Read more at M@RHAEN - Petikan drp HarakahDaily.

Sunday, January 27, 2008

P Uthayakumar in Taiping general hospital


Hindraf legal adviser P Uthayakumar has been warded at the Taiping general hospital for dehydration since Thursday.

Hewas warded four days after beginning a hunger strike at the Kamuntingdetention centre. He was held at the detention centre with four otherHindraf leaders under the Internal Security Act.

Author of this video, S Jayathas said Uthayakumar was under heavy security and is chained to the bed despite being "very weak".

Since Thursday, several dozen well-wishers have been holding vigil at 6.30pm everyday near the ward.

Jentera BN sedia gempur

Oleh: HATA WAHARI


NAJIB Tun Razak mendengar taklimat jentera pilihan raya Barisan Nasional Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Zulhasnan Rafique (kiri).

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di seluruh negara telah bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau juga berpuas hati dengan persediaan-persediaan yang telah dibuat oleh Badan Perhubungan BN negeri-negeri.

‘‘Lawatan-lawatan dan pertemuan yang dibuat oleh saya di seluruh negara mendapati semua jentera pilihan raya BN telah menyediakan semua peralatan, infrastruktur serta anggota-anggota parti juga telah menjalani kursus yang perlu untuk berhadapan dengan pilihan raya,’’ katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya BN Wilayah Persekutuan di Dataran BN Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi BN Wilayah Persekutuan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib memberitahu, beliau juga telah mengarahkan supaya jentera pilihan raya BN memperkemaskan beberapa persediaan yang didapati masih lagi kurang.

‘‘Saya juga telah meminta semua anggota-anggota jentera pilihan raya BN agar mempertahankan semangat dan keazaman untuk memastikan parti menang pada pilihan raya umum akan datang,’’ katanya.

Ditanya mengenai persediaan parti-parti komponen BN lain, beliau memberitahu, arahan telah dikeluarkan agar mereka membuat persediaan yang sepatutnya.

‘‘Saya telah meminta parti-parti komponen BN melakukan persiapan masing-masing dan berharap jentera pilihan raya mereka dipertingkatkan.

‘‘Anggota-anggota jentera pilihan raya terutama di peti-peti undi telah diminta bergerak terutama dalam membuat tinjauan pengundi,’’ katanya.

Mengenai BN Wilayah Persekutuan, Najib memberitahu, misi mereka ialah untuk mempertahankan sembilan kerusi Parlimen yang dimenangi.

Katanya, beliau juga telah meminta BN Wilayah Persekutuan berazam untuk menawan empat kerusi yang dimenangi oleh pembangkang terutama kawasan yang undi majoritinya adalah kecil.

Najib memberitahu, kerusi-kerusi Parlimen yang perlu dirampas oleh BN Wilayah Persekutuan ialah Kepong, Cheras, Seputeh dan Bukit Bintang yang memperlihatkan undi majoriti pada pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004 adalah kecil.


Sumber: Utusan Malaysia Online - Politik.